Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini anggota JPAM kulim telah dipelawa oleh Kelab 60an Kulim untuk menyertai mereka dalam menjayakan pentomen bagi persembahan sambutan pembukaan bulan kemerdekaan pada 16 Ogos 2009. Pihak JPAM Kulim mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan tersebut. Tak dilupakan juga ucapan terima kasih untuk KPL (PA) Abdul Wahab (Pak Tam) atas promosi JPAM Kulim. Tahun depan jemput kami lagi ya.... Harap gambar dan video di bawah dapat memberikan kenangan yang terindah buat semua.
Ini adalah pelakon utama kembar tak seiras berdiri sama tinggi duduk sama rendah tapi tak dibayar upah... he he he cari pelakon ganti takut kena marah ka hafizi... kami ada bukti ni...
(gambar lakonan bukan provokasi)
Aduhai.... masa ini tak sabar dah nak berlakon....