Bilangan Pelawat

Berita dan Hebahan

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha Dari JPAM Kulim


"Iklan Kekosongan Jawatan Kumpulan Sokongan di Kementerian Pengajian Tinggi, lihat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


"Tahniah Kepada Peserta-peserta pertandingan kemahiran yang telah bertungkus lumus dalam menyertainya, semoga kalian teruskan usaha"


Anda Boleh Berforum dan Chatting di ruangan yang telah disediakan..


Penafian

Laman blog ini adalah satu laman blog biasa yang memaparkan aktiviti, berita, maklumat, pengetahuan untuk paparan umum sahaja dan tidak mengandungi maklumat-maklumat terhad, sulit, rahsia dan rahsia besar Kerajaan Malaysia,Kementerian Dalam Negeri,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang pengodaman yang mungkin mengubah maklumat yang disiarkan.

Iklan Kekosongan Jawatan Di Kementerian Pengajian Tinggi

Author: Slim Diet2 /

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini :-

1. (i) Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED R3

(ii) Kementerian : Kementerian Pengajian Tinggi

(iii) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

(iv) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir

(v) Jadual Gaji : Gred R3

P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1,354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1,423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1,493.59

(vi) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

(d) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [ kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P) ]

(e) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.


Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
• Lesen D P1T3
• Lesen E/E1/E2 P1T4
• Lesen F/H P1T5
• Lesen G/I P1T6

(f) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalan Bahasa Malaysia dengan baik.

(vii) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (d) dan (e) di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

(viii) Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih, baik, memandu kenderaan dalam keadaan selamat, mencatatkan pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan melaporkan sebarang kerosakan/kemalangan kepada pegawai penjaga/penyelia.

(ix) Asas Tapisan : Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki Lesen Memandu Kelas E bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3.



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

2. (i) Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

(ii) Kementerian : Kementerian Pengajian Tinggi

(iii) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

(iv) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

(v) Jadual Gaji : Gred N1

P1T1 RM 649.15 - P1T22 RM 1,506.79
P2T1 RM 691.62 - P2T22 RM 1,583.49
P3T1 RM 735.72 - P3T22 RM 1,661.82

(vi) Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2)


(vii) Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pegawai-pegawai, membuat dokumen-dokumen yang difotostat, mengangkat barang-barang/ alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat atau bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

3. (i) Jawatan : OPERATOR LOJI GRED R3

(ii) Kementerian : Kementerian Pengajian Tinggi

(iii) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

(iv) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir

(v) Jadual Gaji : Gred R3

P1T1 RM 701.42 - P1T17 RM 1,354.86
P2T1 RM 743.89 - P2T17 RM 1,423.41
P3T1 RM 787.99 - P3T17 RM 1,493.59

(vi) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Pembakaran Dalam (I.C) Gred II atau Sijil Kecekapan Pemandu Enjin Stim/Dandang Gred II mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;

berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi yang mana berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1T3)

(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

(vii) Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Gred R3 : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Operator Loji Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 3 (c) dan (d) di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

(viii) Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab menjalankan pam air, chlorinator motor, soda injector dan jentera pembancuh ubat serta mengambil bacaan air kolam renang dan kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam di kolam renang.


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

4. (i) Jawatan : TUKANG K3 GRED R9

(ii) Kementerian : Kementerian Pengajian Tinggi

(iii) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

(iv) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/ Separuh Mahir/ Tidak Mahir

(v) Jadual Gaji : Gred R9

P1T1 RM 721.02 - P1T21 RM 1,626.04
P2T1 RM 763.49 - P2T21 RM 1,709.28
P3T1 RM 807.59 - P3T21 RM 1,794.23

(vi) Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan; atau

pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam, Pekerja Rendah Awam Khas, Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(d) mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

lulus Ujian Kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau diperaku oleh Ketua Jabatan sebagai setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengan/Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R9: P1T2)

(e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(vii) Fungsi Bidang Tugas : Bertanggungjawab dalam tugas-tugas pemeriksaan dan pembaikan lampu-lampu di dalam dan luar bangunan pejabat, menjalankan ujian-ujian pemasangan sambungan dan penutupan dan membaiki pendawaian yang rosak, membaiki kerosakan kecil sistem paip dan perabot-perabot serta memeriksa dan menyelenggara keadaan bilik air dan peralatannya supaya sentiasa dalam keadaan baik.


5. Taraf Jawatan : Tetap

6. Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun

7. Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya kursus induksi; dan

(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

8 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Perkhidmatan : Calon-calon yang memasuki Perkhidmatan Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

9. Elaun dan Kemudahan : Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima elaun dan kemudahan, contohnya :

Elaun :

(i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam

(ii) Imbuhan Tetap Perumahan

(iii) Bantuan Sara Hidup

Kemudahan :

(i) Cuti Rehat

(ii) Faedah Rawatan Perubatan

(iii) Pinjaman Perumahan

(iv) Pinjaman Komputer

(v) Pinjaman Kenderaan

(vi) Faedah Persaraan

10. CARA MEMOHON

(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang KPT/ BPSM/1/2009 yang disertakan boleh dimuat turun melalui portal KPT iaitu : http:www.mohe.gov.my.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 16sm x 23sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis tajuk jawatan yang dipohon. Contoh: Pemandu Kenderaan Gred R3


11. PERMOHONAN YANG TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

(i) tidak menggunakan Borang KPT/ BPSM/1/2009;

(ii) tidak disertakan gambar yang ditetapkan;

(iii) tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;

(iv) tidak lengkap dan tidak terang;

(v) tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;

(vi) tidak menandatangani borang permohonan; dan

(vii) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan.



12. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

(a) Permohonan hendaklah sampai kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E3, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA.
( u.p: Urusan Pengambilan AKS)

(b) Tarikh Tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2009


13. MAKLUMAT TAMBAHAN

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

(b) Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang terlibat bagi calon-calon yang akan menghadiri temuduga ini;

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya; dan

(d) Keutamaan akan diberi kepada calon yang bersedia berkhidmat di mana-mana yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Muat Turun Borang Di http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_PAGE/NEWSEVENTS/ANNOUNCEMENT/pdf/fw2iklanpengambilanpegawaikumpulansokongandibawah.zip