Bilangan Pelawat

Berita dan Hebahan

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha Dari JPAM Kulim


"Iklan Kekosongan Jawatan Kumpulan Sokongan di Kementerian Pengajian Tinggi, lihat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


"Tahniah Kepada Peserta-peserta pertandingan kemahiran yang telah bertungkus lumus dalam menyertainya, semoga kalian teruskan usaha"


Anda Boleh Berforum dan Chatting di ruangan yang telah disediakan..


Penafian

Laman blog ini adalah satu laman blog biasa yang memaparkan aktiviti, berita, maklumat, pengetahuan untuk paparan umum sahaja dan tidak mengandungi maklumat-maklumat terhad, sulit, rahsia dan rahsia besar Kerajaan Malaysia,Kementerian Dalam Negeri,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang pengodaman yang mungkin mengubah maklumat yang disiarkan.

Sejarah Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kulim

Author: Slim Diet2 /

Salam sejahtera, terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf andainya blog ini mengganggu atau menyinggung perasaan sesiapa. Blog ini diwujudkan atas dorongan PPA TK Noorazlesham Bin Mat Noor @ Rashid bagi tujuan tatapan anggota. Semoga Blog ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
Terdahulu, penulis akan menceritakan sedikit sebanyak berkaitan bagaimana penubuhan Pertahanan Awam Unit Kulim yang sekarang ini dipanggil JPAM Daerah Kulim. Untuk pengetahuan semua... Pertahanan Awam Unit Kulim ditubuhkan pada bulan Ogos 1998 dan mula menjalani latihan pertama di Sekolah Kebangsaan Lunas. Jawatan kuasa dibentuk masa itu termasuklah En. Mokhtar, En. Ahmad Zubir, En. Abdul Wahab atau Pak Tam, En Harun dan lain-lain lagi. Setelah itu latihan mingguan diteruskan pula di kawasan Pejabat Daerah Kulim. Jawatan kuasa penaja ini telah berusaha untuk mendapatkan rumah kerajaan yang beralamat No. 13 Jalan Tunku Bendahara untuk dijadikan pusat aktiviti Pasukan Pertahanan Awam Daerah Kulim. Pada masa itu ramai juga oraganisasi yang berminat untuk memohon. Akhirnya rumah kerajaan itu dapat kepada Pasukan Pertahanan Awam Unit Kulim. Anggota telah menjalankan gotong royong bagi membersihkan kawasan serta mengecat kembali bahagian yang perlu. Terdapat juga lukisan-lukisan logo kemairan yang dilukis di setiap tiang rumah tersebut. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi, walaupun serba kekurangan, tetapi anggota-anggota ini mampu bertahan dan tetap memberikan perkhidmatan seperti mana yang dikehendaki oleh jabatan. Tahniah penulis ucapkan!
Pada tahun 2004, Ketua Unit Kulim En. Ahmad Zubir terpaksa menjalani latihan kerjaya beliau. Beliau telah berbincang dan membuat keputusan agar peneraju seterusnnya akan diambil alih oleh En. Abdul Wahab., tetapi beliau menolak. Tetapi sebelum ini ada juga untuk beliau ingin mencadangkan serah tugas kepada Hj. Fadzil iaitu Jurulatih Penyelamat, kira otai lama gak la.. tetapi beliau menolak terdahulu lagi. Ahkhirnya En. Ahmad Zubir memikirkan upacara penyerahan yang sah dan fomal iaitu berlaku di S.M.K Taman Selasih. Hah, tergaman Hj. Fadzil, tapi apa nak buat.. majlis formal tu... jadi beliau pun terima lah penyerahan tugas tersebut.
Bermulalah arena baru di bawah pentadbiran Hj. Fadzil. Oleh kerana beliau seorang jurulatih, jadi mudah la untuk memohon meminjam bantuan peralatan daripada Cawangan Alor Setar. Pelbagai aktiviti dirangka dan disusun. Anggota mula menghadiri kursus - kursus jurulatih bagi meningkatkan kualiti Pasukan Pertahanan Awam Unit Kulim.
.
Seterusnya, Pertahanan Awam Unit Kulim mendapat Pegawai tetap dan sebuah kenderaan pelbagai guna.. alahamdulillah bertapa bersyukurnya kulim sampai ke tahap ini. Selepas setahun, pegawai lama ditukarkan dengan pegawai baru iaitu PPA TK Noorazlesham Bin Mat Noor @ Rashid. Seorang pegawai yang akan terus meneraju membangunkan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kulim.
Penulis terbitkan sekali gambar semasa lawatan Dato' Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama Pengarah Negeri melawat Pejabat Pertahanan Awam Kulim pada tahun 2006. Kelulusan segera daripada Dato' untuk membaik pulih bangunan. Menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh semua anggota.