Bilangan Pelawat

Berita dan Hebahan

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha Dari JPAM Kulim


"Iklan Kekosongan Jawatan Kumpulan Sokongan di Kementerian Pengajian Tinggi, lihat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


"Tahniah Kepada Peserta-peserta pertandingan kemahiran yang telah bertungkus lumus dalam menyertainya, semoga kalian teruskan usaha"


Anda Boleh Berforum dan Chatting di ruangan yang telah disediakan..


Penafian

Laman blog ini adalah satu laman blog biasa yang memaparkan aktiviti, berita, maklumat, pengetahuan untuk paparan umum sahaja dan tidak mengandungi maklumat-maklumat terhad, sulit, rahsia dan rahsia besar Kerajaan Malaysia,Kementerian Dalam Negeri,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang pengodaman yang mungkin mengubah maklumat yang disiarkan.

PERMOHONAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI KEMENTEIAN PERTAHANAN

Author: Slim Diet2 /

Jika anda adalah warganegara Malaysia yang berkelayakan, anda adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan-jawatan kosong berikut


BIL JAWATAN

1. TUKANG K3

2. PEMANDU KENDERAAN

3. PEKERJA AWAM KHAS

4. ATENDAN KESIHATAN

5. PEMBANTU AM PEJABAT (PELAYAN MES)

6. PEKERJA AWAM

7. PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH

1.1 (a) Jawatan : Tukang K3
Kod Skim 6306

(b)Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

Tukang Kayu
i) Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan ketukangan kayu seperti membuat kotak, perabot, memasang lantai, dinding dan membaiki alat-alat perabot rosak.
ii) Menjalankan kerja-kerja mengilap barang-barang perabot dan sebagainya, dengan menggunakan varnish dan mengilap lantai permainan.

1.2 Jadual Gaji : Gred R9

P1T1 RM721.02 - P1T21 RM1626.04
P2T1 RM763.49 - P2T21 RM1709.28
P3T1 RM807.59 - P3T21 RM1794.23

1.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) tamat tingkatan 3 Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; atau.
(ii) pekerja-pekerja dalam perkhidmatan Pekerja Awam, Pekerja Awam Khas,
Pemandu Kenderaan, Operator Loji dan Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
yang telah disahkan dalam perkhidmatan;

(d) (i) mempunyai Sijil Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau Sijil Kemahiran
Malaysia Peringkat Pertengahan/Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang
berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
atau
(ii) lulus ujian kemahiran dalam bidang ketukangan yang berkenaan (sama ada
yang mempunyai atau tidak mempunyai piawaian MLVK) yang dijalankan atau
diperakukan oleh ketua perkhidmatan sebagai setaraf dengan Sijil MLVK
atau Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Pertengahan/Tahap 2;

(Gaji permulaan ialah pada Gred R9 : P1T2)

dan (e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan.

1.4 Taraf Jawatan : Tetap
1.5 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Tukang K3 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

1.6 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Kedah, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka.




2.1 (a) Jawatan : Pemandu Kenderaan
Kod Skim 6700

(b)Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

Memandu dan menyenggara kenderaan seperti
lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.

2.2 Jadual Gaji : Gred R3

P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59

2.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred R3 ialah:
Lesen D P1T3
Lesen E/E1/E2 P1T4
Lesen F/H P1T5
Lesen G/I P1T6

dan (d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik.

2.4 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam Gred R1 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(i) mempunyai kelayakan di para 2.3.(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2.5 Taraf Jawatan : Tetap
2.6 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

2.7 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu.




3.1 (a) Jawatan : Pekerja Awam Khas
Kod Skim 6680

(b)Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas stor atau bengkel.

3.2 Jadual Gaji : Gred R3

P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59

3.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) tamat darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1T2)

dan (d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik.

3.4 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam dalam bidang berkaitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(i) mempunyai kelayakan di para 3.3. (c) (ii) di atas; dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

3.5 Taraf Jawatan : Tetap
3.6 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Awam Khas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

3.7 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Johor.




4.1 (a) Jawatan : Atendan Kesihatan
Kod Skim 6011

(b)Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan berkaitan, mengambil dan merekod data pesakit dan sebagainya di unit-unit tertentu.

4.2 Jadual Gaji : Gred U3

P1T1 RM709.59 - P1T18 RM1452.85
P2T1 RM752.06 - P2T18 RM1531.25
P3T1 RM796.16 - P3T18 RM1611.23

4.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) tamat Tingkatan 3 Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan; dan

(d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

4.4 Taraf Jawatan : Tetap
4.5 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Atendan Kesihatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

4.6 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Perak dan Kedah.




5.1 (a) Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Pelayan Mes)
Kod Skim 4845

(b)Kumpulan : Pentadbiran dan Sokongan
Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Sokongan
Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

(i) Bertanggungjawab mengemas dan menjaga kebersihan dewan makan di mes pegawai ATM.

(ii) Bertanggungjawab mengatur serta memastikan kebersihan perkakas hidangan yang digunakan seperti sudu garpu, cawan, pinggan dan lain-lain sebelum dan selepas digunakan.

(iii) Bertanggungjawab untuk menghidang makanan yang telah disediakan oleh Tukang Masak pada waktu-waktu yang telah ditetapkan ke dewan makan.

5.2 Jadual Gaji : Gred N1

P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1661.82

5.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)(i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)

5.4 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Am Pejabat adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

5.5 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang.




6.1 (a) Jawatan : Pekerja Awam
Kod Skim 6580

(b)Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

Menjalankan tugas berkaitan dengan kerja-kerja yang menggunakan tenaga seperti menjaga kebersihan dan mencantikan kawasan serta tugas stor atau bengkel.

6.2 Jadual Gaji : Gred R1

P1T1 RM647.51 - P1T14 RM1178.43
P2T1 RM689.98 - P2T14 RM1242.09
P3T1 RM734.08 - P3T14 RM1307.38

6.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


(c) (i) tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan; dan

(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : P1T3)

dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

6.4 Taraf Jawatan : Tetap
6.5 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6.6 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Perak.




7.1 (a) Jawatan : Pemandu/Operator Jentera Pemunggah
Kod Skim 6751

(b)Kumpulan : Sokongan
Perkhidmatan
(c)Klasifikasi : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
Perkhidmatan
(d)Bidang Kemahiran/Ringkasan Tugas :

Memandu dan menyenggara kenderaan seperti lori, bas, van, kereta dan Forklift untuk kegunaan Kementerian Pertahanan.

7.2 Jadual Gaji : Gred R3

P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59

7.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)(i) tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred R3 ialah:

Lesen D P1T3
Lesen E/E1/E2 P1T4
Lesen F/H P1T5
Lesen G/I P1T6

dan (d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

7.4 Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam Gred R1 adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(i) mempunyai kelayakan di para 2.3.(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
(ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

7.5 Taraf Jawatan : Tetap
7.6 Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pemandu Kenderaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7.7 Kekosongan :

Kekosongan hanya terdapat di negeri Kuala Lumpur, Kelantan dan Perak.




1. PANDUAN MEMOHON

1.1 Syarat-Syarat Permohonan

1.1.1 Permohonan boleh dibuat dengan melayari terus melalui laman web : www.jobsmalaysia.gov.my

1.1.2 Permohonan dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

1.1.3 Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan dokumen berikut semasa urusan temuduga:-

i) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini; dan
ii) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini.


1.2 Umur

1.2.1 Calon untuk Lantikan Tetap

i) Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

ii) Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan;

iii) Bekas anggota tentera/polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.


1.3 Kemudahan-kemudahan dan Elaun-elaun

Pegawai lantikan tetap layak menerima gaji yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan dan pelbagai kemudahan serta elaun yang sedang berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, seperti berikut:-

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Sokongan II) - RM95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan - RM180.00
iv) Bayaran Sara Hidup - Antara RM100.00 hingga RM300.00
(mengikut penempatan)
iv) Pinjaman Perumahan
v) Pinjaman Kenderaan
vi) Pinjaman Pembelian Komputer
vii) Kemudahan rawatan percuma di Hospital/Klinik Kerajaan
Viii) Cuti Rehat Tahunan dan cuti-cuti lain yang berkelayakan


1.4 Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ini pada 12 Mac 2010.

1.5 Keterangan Am

1.5.1 Pemohon boleh memohon lebih dari satu jawatan sesuai dengan kelayakan masing-masing.

1.5.2 Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

1.5.3 Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau selepas ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.