Latihan Kemahiran dan Jati Diri JPAM Daerah Kulim merupakan satu latihan yang dirancang bagi proses meningkatkan tahap kemahiran dan mengikut kehendak dan keperluan jabatan dari masa ke semasa. Matlamat latihan ini diadakan bertujuan melatih dan meningkatkan tahap kecekapan anggota dalam menjalankan tugas seperti mana rangka fungsi – fungsi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Selain itu ianya juga merupakan sebahagian kaedah mempromosikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia kepada masyarakat.
Objektif latihan ini ialah :
1.1 Mempertingkatkan ilmu Pertahanan Awam kepada anggota JPAM daerah Kulim.
1.2 Sebagai persediaan dalam menghadapi sesuatu bencana.
1.3 Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal anggota JPAM Daerah Kulim.
1.4 Meningkatkan gerak kerja berkumpulan dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Latihan ini dilaksanakan meliputi tiga kemahiran iaitu kemahiran rawatan awalan, kemahiran menyelamat dan memahiran mencari dan menyelamat.
Anggota juga diberi latihan berjalan lasak merentas kampung dan kawasan pertanian.
Bagi memupuk kerja berpasukan, anggota didedahkan dengan aktiviti “Team Building”.
Laluan Yang Dilalui Oleh Anggota Semasa Aktiviti
Kumpulan korang ni tangkap semut untuk malam ni ke?
Adik ngan abang baru bertemu.... gurau je lah
Senaman pagi poco-poco
Bang Asre ooiii.... klu semangat nak joget pun pi lah mandi lu... ikan dalam kolam tunggu tu....
Buat ape tu bang... merangkak biar sampai kering tau air tu...
Korang Buat apa tu? Tak takut pacat naik ke?
Hebat ye rakit kumpulan ni....
Dah bersedia ka?
PPA TK Noorazlesham memberikan sedikit penerangan kepada pengarah.